I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 25, 2011

Kakio Baizo...

aku...
seorang yang agak pendiam...
aku jadi riuh bila de kawan baik aku..
hobi aku...
jalan2,konvoi,play paintball....
aktiviti ms lapang aku...
aku suke....
main card,main carem,lepak2 ngn membe2,mn video games,kacau my mom,
kemas umah,chating,open facebook....
cite2@impian...
aku nak masuk Universiti...bl dh capai...
aku nak cari kerje yang aku minat....mcm kerje anyah aku(ayah sauadara)
bile dah kerja...aku cadang nak ambik anak angkat....
utk jadikan teman hidup aku....kalau boring aku de die....


aku...
aku suke berkawan....
best kalau de ramai kawan....just aku ni segan sikit nak tegur orang yang aku xrapat...
aku nak merantau....
bile dapat merantau ni....barula luas pemikiran aku....
blh tengok tempat orng...blh usha persekitaran hidup mereka....
klau duduk kt tempat orng ni....
mcm2 kite boleh dapat....
kadang2 kite blh dapat sesuatu yang xdk disngkakan...
ha4?

mase aku sekolah dulu....
aku de ramai kawan...
sampai aku tubuhkan team....
name team aku....HULELIZ crew...
satu kelas aku join....
tp yg betul2 HULELIZ ialah....
aku,hafiz.aziem n sofian...
2 jew....
kiteorng brkwn baik....
sehinggalah....
terjadinye satu kes....kerane kes 2 lah...aziem....kawan aku....
menarik diri dari geng aku....seidh siot....
smapai sekarang aku still ingat HULELIZ crew.....

2 jelah yang aku dapat kongsi uat mase  sekarang.....
hari mendung hari ni....(26.01.2011-1.38pm)...
nak ujan kot...best jgk kalau ujan....sejuk muke bumi Allah ni....
Alhamdulillah....
k la...
assalamualaikum...

aku....aliff hushairy....

nama aku aliff hushairy bin husin....
di lahirrkn di hospital besar ipoh....
aku anak sulung dari 5 orng adik bradik....
aku de adik twins...he4...(yang bongsu)
keluarga aku simple....
xmewah n xmiskin...sederhana je....
aku mmpunyai saudara-mara yang ramai n aku jgk ade saudare mare angkat....
keluarga ku...
nama abah aku Husin b. Mohd Noor...
Ibu aku pulak Rohana Bt. Ahmad Kasim
kedua2 parents aku asal Perak....
tapi abah aku suke merantau ketika die bujang dulu....
dari situ la die de keluarga angkat
my ibu pulak....
seorang ibu yang xmau duduk diam...
msti de je kerja yang die nak uat....
die seorang wanita yang sukekn cabaran....
macam2 bisnes MLM die join....
he4....
Adik aku yang bawah aku bernama Ammar Humaidy....
die seorng yg agak open mianded sikit...
sukekn IT....
mcm2 jenis software die tahu pakai....
dlm family aku...die la mat IT...he4...
adik aku no3 pulak....
Amien Hamdany...
die ni agak lembut sikit....(bukan sotong)
aku n ama suke buli die...
mcm2 kerje umah die kene uat....
n
yang terakhir sekali...
my twins...Akmal Hanafy n Akram Hakimi...
walaupun dieorng twins...tp suke benda yang berbeza....
kalau boleh....semua bende diorng xnak same....
tapi my mom je yang slalu beli pakaian yang same untuk diorng....
kate twins....


Inilah serba sikit tntng Family n diri aku....

Inilah cinta...

Dulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.
Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Maksud putus cinta.....


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.